Wednesday 12 October 2011

Hukum Penggunaan Gitar


Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.
Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.
Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dansimbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar danmazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.
Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:
1.  Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
2.  Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
3.  Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”
Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:
Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.
Bersesuaian dengan firman Allah,
katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”
(Al-A’raf:32)


Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.
Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.
Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.
Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.



Tuesday 11 October 2011

Ghibah (2)

Namun, terdapat keadaan dimana ghibah dibolehkan. Menurut Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, beliau telah menyatakan bahawa ghibah hanya dibenarkan untuk tujuan Syara’. Antara tujuan-tujuan yang dibenarkan adalah orang yang teraniaya boleh menceritakan atau mengadu mengenai kezaliman yang dilakukan orang lain terhadap dirinya kepada penguasa atau hakim untuk menuntut hak keatas dirinya. Allah telah menjelaskan didalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nisa' : 148). Walaupun ghibah dibenarkan untuk tujuan mengadu kepada penguasa, tetapi memaafkan itu adalah lebih baik. Allah telah menjelaskannya lagi dalam ayat seterusnya yang bermaksud, "Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (An-Nisa: 149)

Antara sebab-sebab lain yang dibolehkan ghibah adalah menyedarkan orang yang membuat maksiat kembali ke jalan yang benar, meminta fatwa tentang sesuatu hal dengan menceritak kesalahan seseorang sesuai dengan yang ingin kita adukan, memperingatkan kaum muslimin untuk mengelakkan dari melakukan kejahatan dengan menceritakan kesalan orang lain, menceritakan kepada khalayak ramai mengenai keburukan perbuatan fasik tetapi tidak boleh berlebih-lebih. Seterusnya, apabila memanggil nama jolokan orang lain seperti si buta dan lain-lain supaya orang lain mengenalinya bukan dengan tujuan untuk menghina.