Tuesday 11 October 2011

Ghibah (2)

Namun, terdapat keadaan dimana ghibah dibolehkan. Menurut Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, beliau telah menyatakan bahawa ghibah hanya dibenarkan untuk tujuan Syara’. Antara tujuan-tujuan yang dibenarkan adalah orang yang teraniaya boleh menceritakan atau mengadu mengenai kezaliman yang dilakukan orang lain terhadap dirinya kepada penguasa atau hakim untuk menuntut hak keatas dirinya. Allah telah menjelaskan didalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nisa' : 148). Walaupun ghibah dibenarkan untuk tujuan mengadu kepada penguasa, tetapi memaafkan itu adalah lebih baik. Allah telah menjelaskannya lagi dalam ayat seterusnya yang bermaksud, "Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (An-Nisa: 149)

Antara sebab-sebab lain yang dibolehkan ghibah adalah menyedarkan orang yang membuat maksiat kembali ke jalan yang benar, meminta fatwa tentang sesuatu hal dengan menceritak kesalahan seseorang sesuai dengan yang ingin kita adukan, memperingatkan kaum muslimin untuk mengelakkan dari melakukan kejahatan dengan menceritakan kesalan orang lain, menceritakan kepada khalayak ramai mengenai keburukan perbuatan fasik tetapi tidak boleh berlebih-lebih. Seterusnya, apabila memanggil nama jolokan orang lain seperti si buta dan lain-lain supaya orang lain mengenalinya bukan dengan tujuan untuk menghina.


No comments:

Post a Comment